Thursday, April 9, 2015

Barang berpantang dah sampai!

Salam :)



Sebenarnya aku tak pasti lagi keadaan aku waktu berpantang nanti. HAHA. Awalnya encik suami request supaya aku berpantang kat Penang je (means berpantang sendiri). Tapi akhirnya memandangkan kerja suami aku tak serupa orang, makanya dia sendiri meragui kebolehan dia untuk menjaga aku dan baby waktu berpantang nanti. Bila mak aku dengar je macam tu, apa lagi.. mak aku pun berebut-rebut soh aku berpantang dekat Selangor. Siap offer nak datang amik aku kat Penang lepas bersalin in case suami aku busy tak sempat nak hantar balik Selangor. Lol. Aku macam redha je sebenarnya. Mana-mana pun tak kisahlah.



Actually sebelum ni aku tak pernah amik pot pun macam mana orang berpantang. HAHA. Pilis param tapel bengkung tangas tu aku baru first time dengar. Masa kakak ngan kakak ipar aku berpantang pun aku takde di kawasan kejadian (aku selalu takde kat rumah sebab bertahun-tahun belajar jauh sobss) so memang aku taktau pape la. Bila google sana sini, ha amek kau menganga aku. Banyak jugak rupanya prosedur nak berpantang ni. Set berpantang pun ada macam-macam dekat market. Range harga mostly dalam RM300 ke atas. Mahal jugak. Cis.



Akhirnya setelah mempertimbangkan situasi diri sendiri, aku came up dengan beberapa matlamat berpantang (LOL).

  1. Barang dan cara berpantang yang mudah dan praktikal.
    • Jadi in case kena berpantang sendiri pun, at least aku boleh buat la. Takdela pantang koboi aku nanti. Lain la kalau aku betul-betul berpantang kat rumah mak aku.. tukang urut confirm dah ada. Dan family pun ramai boleh tengok-tengokkan baby sementara aku mandi ke makan ke. Bibik pun ada. 
  2. Mengelakkan sembelit
    • Ini penting woi! Disebabkan masa preggy pun aku ada masalah ni, tak dapat aku bayangkan kena sembelit time dah rabak sana sini. Seram sejukkk. Jadi aku kena pastikan saluran pencernaan aku sentiasa bekerja dengan baik dan lawas! HAHA
  3. Balik ke berat badan asal!
    • Ni baru anak first. Berpuluh tahun lagi nak pakai body ni (kalau umur aku panjang la). Kesian laki aku kalau awal-awal aku dah menggemuk HAHA. Berat aku sebelum preggy 44 kg. Waktu first check up kat KKIA 46 kg. La ni baru 32 minggu dah 55 kg! Huish tidak boleh tidak boleh. Kena pantang betul-betul sebab masa ni la badan kita tengah flexible. Satgi dah liat ha camno nak kurus balik.



Lepas survey dan compare pelbagai set berpantang yang glemer, aku ingat nak amik set Spa & Ma. Sebab pada aku dia lengkap, harga berpatutan. Set dia pun merangkumi luaran dan dalaman semua. Kalau Nona Roguy lebih kepada dalaman aku rasa, Tanamera pulak lebih kepada luaran. Dan dua-dua ni bagi aku agak mahal.


Ni la dia rupa set Spa & Ma tu. Ada 11 item semuanya siap bengkung dan tungku, normal price RM 299.
Tapi aku ada jumpa yang harganya cuma RM 240 inc postage! Kan berbaloi-baloi tuuu


Tapi at last aku tak jadi beli set, sebabnya :
  1. Kakak aku nak bagi bengkung dia je. Dulu dia tak pakai pun katanya.
  2. Aku rasa aku tak makan kot Gamat Emulsion ngan Jamu dalam set ni. Jadi rugi je nantii
  3. Aku rasa lebih baik aku beli loose item yang memang dah mendapat review yang bagus instead of beli satu set gedebuk gitu je. Sebab Spa & Ma ni brand dia baru lagi.. jadi review pun tak banyak. Taktau bagus ke idokk


Akhirnya, 2 hari sebelum GST bermula aku pun buat keputusan untuk membeli barang-barang berpantang yang aku rasa aku akan dan boleh guna. Semalam baru sampai sebenarnya. Ada masalah sikit tapi aku malas la nak cite pasal tu. Yang penting semua pun dah sampai dengan selamat. Yahoo! Mari terjah!



Inilah dia bendanya. Bila bukak je kotak ni semerbak bau herba. Walhal beli berapa barang je. Kalau beli yang set mesti lagi harummmm.
Eh tapi sebenarnya yang NR tu aku beli kat kedai lain. Saja masukkan sekali dalam kotak for photography purpose kihkihkih.


Close up sikit. Tadaaa! Akhirnya aku beli loose item dari ketiga-tiga brand.


Nona Roguy


1. Nona Roguy Phytonatal (RM 97) - yang ni ko google jelah, berlambakkk review kata bagus untuk sembelit. Memang aku berminat sesangat lah kan. 
2. Minyak Herbanika (RM 52) - yang ni pun sama. Glemer minyak ni turun-temurun. Aku rasa dulu mak aku pun pakai. Tapi dulu botol dia warna purple kalau tak silap. Entah la


Barang Nona Roguy ni aku beli dekat page Lelong Almasyuk21.
Bagus servis kedai ni. Bayar harini esok sampai. Dahlah murah.



 Spa & Ma


3. Spa & Ma Shape Up Lotion (RM 29.90) - Ni untuk pecahkan lemak kot. Ala-ala Losyen Mustajab tu la. Bau pun lebih kurang. Tak pasti berkesan ke tak. Tapi dah alang-alang aku nak beli Pilis Spa & Ma tu, aku angkut jela sekali Lotion ni.
4. Spa & Ma Pilis Herba (RM39.90) - Aku beli ni sebab ni je satu-satunya Pilis yang aku jumpa dah siap bentuk paste, tak payah bancuh. Dan rasanya dia takkan kering pastu terabur macam Pilis zaman dolu-dolu yang sampai berhabuk tilam tu. Sememeh oiii kesian kat anak satgi



Tanamera


5. Tanamera Cold Press VCO - RM 34 (sebelum GST) - actually boleh je beli VCO brand lain. Tapi saje nak try test yang Tanamera punya. Botol dia pun comel je. Senang nak sumbat dalam beg bawak pi sepital nanti. Minyak ni untuk makan dan jugak boleh sapu untuk perineal massage.

6. Brown Formulation Body Soap - RM 15 (sebelum GST) - Ni ala-ala scrub tapi dalam bentuk sabun. Punnnn banyakkkk review kata bagus. Yang tak pantang pun pakai ni. Seronok la aku menyental daki-daki nanti. Biasa la bila preggy ni pelbagai hormon merembes habis discoloration sana sini. Again, kesian kat laki aku. HAHA.

7. Tanamera Herbal Bath - RM 26.50 (sebelum GST) - Tak pantang la namanya kalau tak mandi air rebusan herba ye tak. Kihkihkih. Ni aku saje je menggedik nak feeling-feeling herba. Harap anak aku bagi la can kat mak dia ni nak pamper diri sendiri kejap nanti. 


Barang-barang Tanamera ni banyak yang naik harga lepas GST. Sebab brand ni makin glemer kott. Deswai laa aku kelam kabut beli 2 hari sebelum. Nasib baik dapat jugak dengan harga asal. Itupun ada jugak kedai yang dah mark up harga siap-siap tak baik betul. Kihkih. Untuk barang Tanamera dan Spa & Ma ni aku beli dekat FB Keperluan Ibu Berpantang.






Walaupun total harga loose item lagi mahal sikit dari set, tapi pada aku lebih berbaloi. Yang penting aku rasa semua yang aku beli ni aku memang akan pakai. Dari membazir beli set tapi tak pakai semua buat apa kan..



Ok korang ngantok pulak aku type entry panjang-panjang ni. Ada rezeki bersua lagi. Bubaiiii






6 comments:

  1. iols baca entri ni hidung macam tersedut-sedut je bau herba. waham betul! haha

    kte x pnah tengok sbnanye realiti ibu2 tgh pantang ni. dlm tv ade la tapi tu tak real. last kte igt time ibu kte baru bersalinkan adik bongsu kte kot dak faris tu. time tu duk kampung.. ada la kte ingat ibu kte calit amenda ntah kat dahi die pastu bau bilik tu cam herba2 kunyit gitu la pastu selebihnya kte sibuk main polis entri ngan kazen. hihi

    tapi Ika sok senang inshaAllah ramai senior2 bole tengokkan apa sume.. Kakak ada mak ada.. takde masalah punya :)

    ReplyDelete
  2. Haha cambest kan bau-bau herba ala2 spa gittew. Ish rindunyaaa nak pi spa kat Jogja sobs

    Emm kite tak penah lgsg tgk org berpantang. Tgk kat tv drama melayu ade la haha. Yang tampal kt dahi tu nama dia pilis ececeyh dah tau dah sekarang XD

    Tula tu pun kalau jd pantang kt kampung.. Malas nak berharap dlu hik2

    ReplyDelete
  3. Sis nk tnye r... pilis spa &ma sis beli ktne?
    On9 ke? Sy nk beli ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tulis kat atas tu : FB Keperluan Ibu Berpantang

      Link : https://www.facebook.com/Keperluan-Ibu-Berpantang-421797114529752/

      Tapi dengar cerita sekarang Spa & Ma dah tak jual loose. Takpasti betul ke tak.

      Delete
  4. Mana nak beli loose set Spa & Ma ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tulis kat atas tu : FB Keperluan Ibu Berpantang

      Link : https://www.facebook.com/Keperluan-Ibu-Berpantang-421797114529752/

      Tapi dengar cerita sekarang Spa & Ma dah tak jual loose. Takpasti betul ke tak.

      Delete

Talk to me! :)