Thursday, April 9, 2015

Checklist bag baby

Salam :)


Ni sebenarnya boleh la dikira sebagai sambungan kepada entry Laundry Baju Baby.


Sebab lepas dah cuci baju baby, bulehlah siap-siap taruk dalam bag baby! Yahoo! Bag mak dia tak siap lagi, pasal barang mak banyak takde lagi. Nampak tak ciri-ciri ibu mithali yang lebih mengutamakan anak di situ? KAHKAHKAH! Padahal macam biasa, pemalas, kerja bertangguh. Nak beli nursing bra? Ala mahal la, nantilah. Nak beli nursing pad? Ala konfius la nak beli yang washable ke disposable, nantilah. Kain batik takde? Nantilah mintak mak. Sampai ke sudah tak habis -_____- 



Procrastination should be a crime. LOL.




Ok berbalik kepada bag baby tadi. Actually lain orang mungkin lain keperluannya. Some people mungkin dah planned for C-section so dah tau nak kena sediakan barang lebih sikit. Some people pulak mungkin hospital dekat dengan rumah jadi takde hal kalau tak bawak barang banyak sebab suami boleh ulang alik. Jadi terpulang. 



Ni aku amik dan sesuaikan dengan keperluan dan plan aku untuk beranak kat hospital gomen lah kot. Hospital gomen ni space untuk kau letak barang tak banyak, tapi dia jugak tak sediakan barang-barang macam certain hospital swasta. Jadinya kenalah pandai-pandai bawak supaya tak lebih, tak kurang, selengkapnya sajoooo.




Checklist baby dekat ward :
1) 1 helai hooded blanket
2) 1 helai swaddle blanket
3) 2 helai napkin - boleh jadi bedung jugak sebenarnya
4) 2 pasang baju lengan panjang dan seluar panjang
5) 2 pasang baju lengan pendek dan seluar pendek
6) 2 pasang mitten and booties
7) 1 helai topi - untuk pakai masa discharge je nanti
8) 2 helai barut
9) 1 helai tuala mandi, 2 helai tuala kecik
10) Travel set toiletries
11) Wet wipes
12) Changing mat - diaper bag aku dah siap ada changing mat. Pakai yang tu je.
13) 10 pcs Pampers - yang ni aku tak beli lagi sebab nak bajet size baby nanti.






Okey dari checklist barang yang banyak-banyak kat atas ni, kita asingkan sikit untuk dibawa ke labour room.
Lebih mudah masukkan dalam satu beg kecik atau plastik siap-siap. Jadinya waktu dah nak tolak pegi LR, takdelah baru kelam kabut nak punggah cari dalam beg baby tu. Kesian kat suami atau nurse. Yang kita pulak dah terpekik terlolong nak bersalin takleh fikir ape dah HAHA


Checklist barang baby untuk di bawa ke LR :
1) 1 helai swaddle blanket
2) 1 helai hooded blanket
3) 1 pasang baju lengan panjang (baju sahaja)
4) 1 pasang mitten & booties
5) 1 piece Pampers

Nampak tak aku taruk dalam plastik Pigeon je? Tu sebenarnya plastik beli tuala mandi HAHA. Reuse and recycle okeh! Senang guna plastik macam ni, siap ada pelekat lagi boleh seal.




Tu jelah kot. Checklist barang mak baby nanti-nanti pulak aku update.
Bye!




2 comments:

  1. hari tu baterflai in stamak, kali ni two baterflais in stamak. hahaha

    tumpang cuak plak kita tgk ika da siap pack2 baju. aaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Ahahah. Ni pasal nurse kat KK dah bebel soh pack barang ni.. Kalo tak sampai bila pun tak pack jugak -_____-

    ReplyDelete

Talk to me! :)