Tuesday, April 28, 2015

Sempit! Tolong!

Salam :)


Semalam pi scan 2D dekat private clinic. Actually taktau pun berapa kerap nak kena buat scan ni. Tapi agak-agak macam dah lama je tak mengintai. Last masa week 25 haritu, masa buat 4D details. Sekarang dah 34 week. Maknanya dah 2 bulan lebih tak scan. Lama tuu. 



Tanya kat KK. Dorang cakap nanti masa week 36 baru scan. Mak oii. Kalau sebelum-sebelum tu dah jadi pape macam mana? >_< So aku fikir ada baiknya aku pi sendirik jelah. Bayar lebih sikit pun takpe asal hati senang. 



Bukan apa.. aku tak mempertikaikan KK pun sebab tak buat scan selalu. Faham jugak, benda free jenuh la kalau nak buat scan beratus-ratus orang tetiap bulan. Cumanya bila check up nurse akan check progress baby dengan check heartbeat and fundal height je. Tu pun heartbeat tu kadang dapat tak dapat je. Bunyi usus aku je yang lebih. Aku peratiii je hahahaha. Fundal height pun takdelah accurate sangat kalau nak tengok progress baby. 




Bila scan ni, kau dapat check

Posisi placenta ok tak?
Posisi baby ok tak? Cephalic ke? Breech ke?
Air ketuban cukup tak? Ke lebih?
Boleh estimate size baby.. Up to age ke tak?

Dan macam-macam lagilah. Rasanya most parents pun tau dah pasal ni.





So setelah aku pi check semalam, alhasil scan doctor tu cakap..


  1. Perut aku agak kecik untuk 34 weeks, tapi baby normal to age. Jadi agak cramped kat dalam tu. Plus baby sangattttttt aktif! Doc kata mesti dia tensen kat dalam tu sebab sempit HAHA
  2. Placenta position okey, tapi sedikit low. Hopefully dia stay jela macam tu. Jangan turun-turun ye
  3. Air ketuban cukup despite perut kecik. Alhamdulillah
  4. Estimated fetal weight (EFW) 2.3kg, sesuai usia gestation. Yeay! Hopefully sikit lagi dah sampai 2.5kg.. lepas tu dah boleh tarik nafas lega
  5. Kedudukan baby kepala kat bawah. Doc kata insyaAllah takkan pusing-pusing lagi dah sebab cramped. Kalau pusing gak memang dia naughty la. XD Plus memang kepala baby dah agak turun. Patutlah aku rasa berat je kat bawah walaupun perut tak besar. Zzz
  6. Masa tengah scan nampak baby punya jari-jari tengah pegang tapak kaki dia. Macam baby hisap jari kaki tu. Olololoooo. Lapar lettew. Memang aku belum makan pun waktu tu. Kihkih
  7. Yang agak merisaukan aku adalah sebahagian cord duduk betul-betul sebelah leher baby. Cuma dia tak go around neck la. So doctor suruh aku take note betul-betul dia punya movement. Just in case..
  8. Gambar tak dapat amik proper pun, sebab dia dok berlawan-lawan dengan probe USG yang melengkung tu. Probe tak dapat melekat kat skin aku betul-betul. Sabo jela anak oiii



Dapat gambar perut je pun jadilah >.<

Due aku 6/6 tapi doc kata nampak gaya-gaya dia ni macam tak sampai due. Sebab cramped sangat and baby very active. Funny, sebab sebenarnya aku punya instinct pun rasa macam tu! XD Wallahualam.. Tapi kalau nak keluar awal pun biar la sampai full term dulu ye baby. Tak lama pun lagi.. 3 minggu je. 




Eh? 3 minggu je lagi? *gulp*


Baby besar sikit nanti haku nak beli onesies banyak-banyak. Tak pedulik!


Ok bai!


No comments:

Post a Comment

Talk to me! :)