Monday, July 18, 2016

UPDATED : My go-to makeup!

Salam :)

Berbulan-bulan tak update blog, sekali update sampai 2 post okeh! HAHAHAHA

Okay aku just nak share a makeup routine yang aku just found out recently. Simple, easy, and resultnya stunning! Serious!

Products used:



1. NYX Tinted Moisturizer in TM02 Nude

Okay here's the thing. Sebelum ni aku pakai Revlon Colorstay foundation and then Bourjois HealthyMix, after that recently aku repurchase Revlon Colorstay, BUT since aku pakai BHM sampailah repurchase RC, husband keeps on complaining that my makeup looks 'tebal', although aku insist yang aku apply foundation sikitttttt jek! Pea sized je okay!

And then, I found out yang NYX ada tinted moisturizer! Kebetulan aku pergi Queensbay baru-baru ni, singgah Sephora then try lah NYX TM ni. Surprisingly, I love it soooo much! It appears dark bila letak kat tangan, but once applied on the face, it just disappears and blends like a dream. It has light coverage but feels like my-skin-but-better gittew. Serious! Love this to bits!

Kalau korang nak better coverage you can add BB cream but so far I'm fine with just concealer. Kalau ada occasion ke apa maybe boleh pakai BB cream on top.

2. Catrice Retouch Light Reflecting Concealer in Light Nude

This is the only concealer that doesn't crease on my very dry undereye. Although patutnya kena colour correct dulu dengan peach undertone concealer but yeah, I'm just so malas liddat LOL. So since dia sesuai dengan my undereye means I can apply it ANYWHERE on my face without being flaky. Usually aku apply dekat browbone untuk sorok bulu kening yang tersasar dari laluan tu, undereye, cheekbone and nose bridge as highlight.

And I havee to mention this, I bought this at RM15 je okay!!! Go go gooo get this like now nowww!

 3. ZA Perfect Fit Two Way Foundation

Bila aku dah tukar base aku dari foundation kepada tinted moisturizer, barulah sesuai aku pakai powder ni as finishing. Nampak matte tapi tak cakey gitu. Natural je. Tapi aku just dab kan kat area dahi, undereye dengan hidung je. Part lain aku dust lightly je sebab nak nampak natural dewy gituh. Heh

Padahal haritu punya kusut aku fikir kenapa laki aku asik complain makeup tebal sampai terfikir nak beli loose powder Chanel kau. Amboiiiiii over sangat mak jemah HAHAHAHA

4. ELF eyelid primer

My first and only favourite eye primer. Case closed.

5. Silkygirl Blockbuster Color Palette

I've been using this since like, forever? Tapi tak pernah hit pan! Its like bottomless ke camne tah. Should be expired by now but I dont care HAHAHAA. So for my new routine aku just guna colour yang kedua dari atas, just a natural bronzey colour for the whole eyelid and sikit kat lower eyelid. Itu je! Enough untuk buat mata nampak fresh sebab dah conceal sikit tadi!

6. Lash curler

Dapat free masa beli RC from Guardian. Pakai 10 seconds per eye okay!

7. Silkygirl Eye Opener Mascara

Aku suka mascara Silkygirl. Pernah try yang Lash Curler, Big Eye Collagen, but by far this is THE BEST! Sebab aku suka the 'separated eyelashes' effect. Lagi banyak coat, lagi panjang nampak bulu mata tau. I dont really look out for volume so kalau korang nak nampak bulu mata tebal maybe you can go for Maybelline kot. Aku tak suka Maybelline walaupun orang dok rave pasal depa punya mascara, sebab ya robbiii HAZABBB nak tanggal hahaha.

Silkygirl ni senang, kalau nak amek wuduk tu, just guna air, urut-urut sikit dekat lash tu then tarik je, dia akan tanggal tanpa menanggalkan sekali bulu mata anda haa. Lepas solat boleh apply lagi dengan senang hati yiihaaa!

8. Etude House Face Corset Blush

Disebabkan this look is macam no makeup makeup aka natural look gitu, aku guna blush yang subtle color je. Macam nampak tak nampak je. Etude ni okay la walaupun aku lagi suka more pigmented blush. Aku punya NYX Pinched dengan Canmake Cream Blush terlalu "merah mak ngah" bak kata laki aku walaupun color dorang adalah coral sebenarnya -_________-''

9. In2it Gel Tint in Melon & Silkygirl Lip Polish in Sunny Liz

Lip tint tu macam biasa la. Aku memang berantu liptint. Sebab selesa. Bibir nampak ada colour tapi rasa macam tak pakai apa-apa. Silkygirl Lip Polish tu pulak macam lipgloss sebenarnya. Tapi dia sangat pigmented. So aku apply lepas pakai liptint then dab dengan toilet paper. Hasilnya voila, macam pakai lipstick but minus the sticky-ness!




Kalau korang perasan, aku skipped EYELINER! Yes, dulu eyeliner kira macam aku punya staple lah. Takde makeup lain takpe janji ade powder ngan eyeliner ha cemtuh. Tapi lately aku perasan yang aku punya bentuk mata ni tak cantik sangat sebenarnya pakai eyeliner. Elok-elok double eyelid boleh nampak jadi monolid. Kalau nak, pakai nipis-nipis, or just tightline je, or takpayah pakai langsung pun takpe. Instead, focus on eyelashes so nampak macam acah-acah sweet gituh haaaa.

Okay, Tu je makeup routine aku nowadays. Dengan anak dok bergayut kat kaki, this routine pada aku dah cukup complete dah. Maybe next time boleh add sikit contouring and highlighting hehehe. Anddddd the best thing is, since makeup macam ni, husband tak pernah complain lagi! Which is SESUATU SANGAT ok! HAHAHA.


Alright tu je. Tah bila lagi lah aku nak update blog ni hahhaa.
Share la korang punya makeup routine jugak! BYE!



UPDATED : Skin Care Routine (and Review)

Salam :)

Hello! Its been a while since aku tulis post pasal skincare aku yang bercelaru dan bercampur aduk tu. Korang boleh baca dekat SINI.

So anyway, lepas bersalin, my hormone goes on a roller coaster ride up and down and of course, it affects my skin. My skin main problem is that it is blackhead and whitehead prone. Kadang ada breakouts but nothing serious, its just that my skin looks so dull, and boring, if it makes sense. Haha.

Aku pun carilah skincare yang boleh add some 'oomph' to my skin. Sebelum ni aku ada try Vitamin E set from Body Shop tapi its just mehh. Tak berbaloi. Then my bestest frienddd told me about NUTOX. Alaa yang model dia Pajura cun melecun tuhh. So this is now my updated routine.




St Ives Apricot Scrub

Aku rasa dari dulu-dulu lagi aku dah pernah dengar pasal benda ni. Kakak aku ada pakai. Tapi time tu aku kecik lagi. Sebelum ni aku tak pakai scrub pun. Tapi disebabkan aku plan nak pakai serum Nutox so aku rasa its a waste kalau dead skin cells still ada dekat kulit. Macam kau tepek serum tapi dead skin cells menghalang serum tu dari meresap ke kulit. Haa cemtuh. Macam membazir kan.

So aku pun spend sikit untuk scrub. Aku just pakai seminggu 1-2 kali. Biasanya aku pakai waktu malam, sebab bila pakai scrub, kulit akan extra kering, which automatically akan hantar signal untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melembabkan kulit. So kalau kulit berminyak time tidur pun takpelah kan. Kalau kulit berminyak time keluar kan macam tak berapa flattering gitu.

Aiken Tea Tree Facial Cleanser

Ni masih setia pada yang satu. Actually taklah setia mana pun. Kadang sebat je mana yang ada. Tapi aku tak berapa kisah sangat pun pasal cleanser. Laki aku punya pun aku tibai jugak hahahahhaa best dia punya sebab ada menthol berangin-angin gitu. Asal kulit tak  pedih dan tegang lepas cuci and tak breakout kira okey dahla tu.







Nutox Astringent Toner

Aku suka toner ni mainly sebab dia spray type. Tak payah susah-susah nak letak dekat cotton pad pastu nak rub rub pulak. Hah leceh. Lepas cuci muka, terus spray toner ni sambil-sambil tu pakai baju siap-siap buat benda lain. Kalau tak pun, just tepuk-tepuk muka. Fresh gila. Tak rasa stinging or you know, kadang-kadang toner ada rasa macam alcohol kuat camtu kan. This one takde rasa macam tu. Ni rasa macam sembur air sejuk kat muka. Haha. Laki aku pun suka toner ni okay. Just bought a second bottle untuk spare sebab yang ni kitorang share pakai berdua. So sweet gituh hahahaha.








Nutox Serum Concentrate

Ni first product Nutox yang aku try. Aku sangat suka serum ni sebenarnya. Packaging classy. Watery texture, tak melekit, not too thick or too thin, very nice. Absorbs like a dream. And smells divine! Macam high end skincare gitu. The only downside is, for me, the pricetag la. RM 50++ for a mere 30ml serum, for a surirumah like me, macam fikir 18 kali jugak nak beli ke tak beli.

I like to use this under makeup sebab rasa macam makeup slides easily gitu, tapi sebabkan nak jimat, aku pakai waktu malam sebelum tidur je. Tu pun now dah habis. Aku macam ragu-ragu jugak nak repurchase ke tak. Lastly, aku beli Pure Beauty Pink Essence Water which has better pricetag. Yang ni aku akan review kejap lagi.






Nutox Moisture Emulsion

This is kinda like a day cream + sunscreen la. Ada SPF25. Yang ni pun aku suka jugak, it reminds me of Korean brands yang selalu ada emulsion dalam dorang punya skincare line. Emulsion ni dia macam lotion, thin texture yang sememangnya favourite aku. Sebab aku sangat tak suka stickyyyy things kat muka. Sebab tu aku tak pakai lipstick or lipgloss! Haa paham tak.

Unlike my Neutrogena sunblock, this doesnt sting! Bau mild, standard sama macam dia punya serum. Aku sangat suka packaging dia. Botol kecik, plastic with a pump. Ringan. Safe. Senang nak bawak travel. But. Dah kata botol kecik. Mestilah isi pun sikit. HAHA. Kedek sungguh aku ni. Yang ini pun dah habis. Aku tengah contemplating whether nak repurchase or nak beli other product macam Sunplay Skin Aqua yang lebih murah.






Nutox Night Repair

Aku pakai ni at night after apply serum. Honestly, I dont really like the texture. Sebab macam a bit thick and melekit. Told you I dont like stickyyyy things haha. But what I like about it is, how my skin looks like when I wake up the next day. Macam plump cemane tah susah nak cakap. Tapi bila tengok cermin time nak amik wuduk solat Subuh tu ada senyum senyum sikitlah hahahaha.




So after almost 3 months using this skincare routine, apakah result nya???

Alhamdulillah, it is safe to say, my skin is a bitttt better than before. Sebelum pakai ni, aku sampai pernah nangis peluk husband sebab rasa downnn sangat dengan kulit muka sendiri. Sampai cenggitu sekali haha. Sekarang parut teruk bekas blackhead yang aku dok picit picit sampai berdarah tu dah beransur-ansur hilang. Aku tak taulah is it because of these products ke or memang natural healing process, but its getting better. Pipi dah takde problem. Breakouts pun jarang-jarang ada.

Sorrylah takde gambar kulit. Sebab aku pemalu orangnya HAHA. Tapi I'm honest!

Bulan puasa haritu aku ada pergi facial dekat satu salon kat Shah Alam. Budak tu tanya skincare apa yang aku pakai. Aku cakap Nutox. Then she said skin aku cantik (ewah! bukan aku cakap, dia yang cakap ok hahahaha) but still a bit dry and ada whiteheads dekat area dahi, most probably due to stress katanya. Aku pun taktau apa yang aku stress kan hahaha. Dia suruh continue tapi whiteheads tu kena pergi facial lah unless aku jumpa product yang sesuai untuk whitehead.

Adakah aku akan continue? Ikut hati memang nak, tapi akan dipertimbangkan jugaklah due to the pricetag. Would I recommend to everyone? Yes!! Especially the serum and moisture emulsion. Sebab dia macam sesuai untuk semua jenis kulit tau.





Anyways, macam yang aku cakap tadi, lepas Nutox Serum Concentrate aku habis, aku purchase Pure Beauty Pink Essence Water.



Dia macam serum or essence jugaklah, but in a more watery form. For a whooping 200ml product, I guess this one lebih pocket friendly for me la hihiihii. Aku baru pakai ni dalam seminggu macam tu. I cant say much about it yet, but so far I'm loving it. Fresh! Paling best, disebabkan dia banyak so aku boleh pakai sesuka hati siang dan malam hahahaha.

Kalau ok nanti aku update lagi yek.



Thats all for my skincare routine! Whats yours?
Bye!