Monday, July 18, 2016

UPDATED : Skin Care Routine (and Review)

Salam :)

Hello! Its been a while since aku tulis post pasal skincare aku yang bercelaru dan bercampur aduk tu. Korang boleh baca dekat SINI.

So anyway, lepas bersalin, my hormone goes on a roller coaster ride up and down and of course, it affects my skin. My skin main problem is that it is blackhead and whitehead prone. Kadang ada breakouts but nothing serious, its just that my skin looks so dull, and boring, if it makes sense. Haha.

Aku pun carilah skincare yang boleh add some 'oomph' to my skin. Sebelum ni aku ada try Vitamin E set from Body Shop tapi its just mehh. Tak berbaloi. Then my bestest frienddd told me about NUTOX. Alaa yang model dia Pajura cun melecun tuhh. So this is now my updated routine.




St Ives Apricot Scrub

Aku rasa dari dulu-dulu lagi aku dah pernah dengar pasal benda ni. Kakak aku ada pakai. Tapi time tu aku kecik lagi. Sebelum ni aku tak pakai scrub pun. Tapi disebabkan aku plan nak pakai serum Nutox so aku rasa its a waste kalau dead skin cells still ada dekat kulit. Macam kau tepek serum tapi dead skin cells menghalang serum tu dari meresap ke kulit. Haa cemtuh. Macam membazir kan.

So aku pun spend sikit untuk scrub. Aku just pakai seminggu 1-2 kali. Biasanya aku pakai waktu malam, sebab bila pakai scrub, kulit akan extra kering, which automatically akan hantar signal untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melembabkan kulit. So kalau kulit berminyak time tidur pun takpelah kan. Kalau kulit berminyak time keluar kan macam tak berapa flattering gitu.

Aiken Tea Tree Facial Cleanser

Ni masih setia pada yang satu. Actually taklah setia mana pun. Kadang sebat je mana yang ada. Tapi aku tak berapa kisah sangat pun pasal cleanser. Laki aku punya pun aku tibai jugak hahahahhaa best dia punya sebab ada menthol berangin-angin gitu. Asal kulit tak  pedih dan tegang lepas cuci and tak breakout kira okey dahla tu.







Nutox Astringent Toner

Aku suka toner ni mainly sebab dia spray type. Tak payah susah-susah nak letak dekat cotton pad pastu nak rub rub pulak. Hah leceh. Lepas cuci muka, terus spray toner ni sambil-sambil tu pakai baju siap-siap buat benda lain. Kalau tak pun, just tepuk-tepuk muka. Fresh gila. Tak rasa stinging or you know, kadang-kadang toner ada rasa macam alcohol kuat camtu kan. This one takde rasa macam tu. Ni rasa macam sembur air sejuk kat muka. Haha. Laki aku pun suka toner ni okay. Just bought a second bottle untuk spare sebab yang ni kitorang share pakai berdua. So sweet gituh hahahaha.








Nutox Serum Concentrate

Ni first product Nutox yang aku try. Aku sangat suka serum ni sebenarnya. Packaging classy. Watery texture, tak melekit, not too thick or too thin, very nice. Absorbs like a dream. And smells divine! Macam high end skincare gitu. The only downside is, for me, the pricetag la. RM 50++ for a mere 30ml serum, for a surirumah like me, macam fikir 18 kali jugak nak beli ke tak beli.

I like to use this under makeup sebab rasa macam makeup slides easily gitu, tapi sebabkan nak jimat, aku pakai waktu malam sebelum tidur je. Tu pun now dah habis. Aku macam ragu-ragu jugak nak repurchase ke tak. Lastly, aku beli Pure Beauty Pink Essence Water which has better pricetag. Yang ni aku akan review kejap lagi.






Nutox Moisture Emulsion

This is kinda like a day cream + sunscreen la. Ada SPF25. Yang ni pun aku suka jugak, it reminds me of Korean brands yang selalu ada emulsion dalam dorang punya skincare line. Emulsion ni dia macam lotion, thin texture yang sememangnya favourite aku. Sebab aku sangat tak suka stickyyyy things kat muka. Sebab tu aku tak pakai lipstick or lipgloss! Haa paham tak.

Unlike my Neutrogena sunblock, this doesnt sting! Bau mild, standard sama macam dia punya serum. Aku sangat suka packaging dia. Botol kecik, plastic with a pump. Ringan. Safe. Senang nak bawak travel. But. Dah kata botol kecik. Mestilah isi pun sikit. HAHA. Kedek sungguh aku ni. Yang ini pun dah habis. Aku tengah contemplating whether nak repurchase or nak beli other product macam Sunplay Skin Aqua yang lebih murah.






Nutox Night Repair

Aku pakai ni at night after apply serum. Honestly, I dont really like the texture. Sebab macam a bit thick and melekit. Told you I dont like stickyyyy things haha. But what I like about it is, how my skin looks like when I wake up the next day. Macam plump cemane tah susah nak cakap. Tapi bila tengok cermin time nak amik wuduk solat Subuh tu ada senyum senyum sikitlah hahahaha.




So after almost 3 months using this skincare routine, apakah result nya???

Alhamdulillah, it is safe to say, my skin is a bitttt better than before. Sebelum pakai ni, aku sampai pernah nangis peluk husband sebab rasa downnn sangat dengan kulit muka sendiri. Sampai cenggitu sekali haha. Sekarang parut teruk bekas blackhead yang aku dok picit picit sampai berdarah tu dah beransur-ansur hilang. Aku tak taulah is it because of these products ke or memang natural healing process, but its getting better. Pipi dah takde problem. Breakouts pun jarang-jarang ada.

Sorrylah takde gambar kulit. Sebab aku pemalu orangnya HAHA. Tapi I'm honest!

Bulan puasa haritu aku ada pergi facial dekat satu salon kat Shah Alam. Budak tu tanya skincare apa yang aku pakai. Aku cakap Nutox. Then she said skin aku cantik (ewah! bukan aku cakap, dia yang cakap ok hahahaha) but still a bit dry and ada whiteheads dekat area dahi, most probably due to stress katanya. Aku pun taktau apa yang aku stress kan hahaha. Dia suruh continue tapi whiteheads tu kena pergi facial lah unless aku jumpa product yang sesuai untuk whitehead.

Adakah aku akan continue? Ikut hati memang nak, tapi akan dipertimbangkan jugaklah due to the pricetag. Would I recommend to everyone? Yes!! Especially the serum and moisture emulsion. Sebab dia macam sesuai untuk semua jenis kulit tau.





Anyways, macam yang aku cakap tadi, lepas Nutox Serum Concentrate aku habis, aku purchase Pure Beauty Pink Essence Water.



Dia macam serum or essence jugaklah, but in a more watery form. For a whooping 200ml product, I guess this one lebih pocket friendly for me la hihiihii. Aku baru pakai ni dalam seminggu macam tu. I cant say much about it yet, but so far I'm loving it. Fresh! Paling best, disebabkan dia banyak so aku boleh pakai sesuka hati siang dan malam hahahaha.

Kalau ok nanti aku update lagi yek.



Thats all for my skincare routine! Whats yours?
Bye!

No comments:

Post a Comment

Talk to me! :)