Wednesday, October 12, 2016

Surveying Kitchen Cabinets and the importance of first impression

Salam :)

Kembali bersiaran setelah berbulan tak update blog, as usual.

Few days ago aku ada melawat progress rumah. Kebetulan je sebenarnya. Sebab nak pergi amik documents from office lawyer then singgah Bella Ammara SP tu ingat nak beli tudung bawal. Tapi lepas tu kecewa sebab takde warna yang aku nak. Lepas buat muncung sedepa, husband pun pujuk hati aku yang lara dengan pergi melawat our soon to be nest, insyaAllah.

Kalau ikut official progress baru 65%. Tapi time aku pergi tengok tu, rumah dah pun dibersihkan dan dikunci, means dah almost siap. Kebetulan ada tukang tengah buat rumah sebelah, dia yang bagitau ada satu pintu yang memang dibiarkan tak kunci supaya memudahkan diorang kalau ada apa-apa nak repair. Nombor rumah pun dah ada. Dah ada wiring. Tap belum ada jadi tak pasti air dah masuk ke belum. Lepastu sengaja pergi tengok showhouse yang dah tengok kali ke 84, orang yang jaga showhouse tu kata ura-ura nya hujung bulan 11 dapat kunci. Entah ye ke tidak sebab sepatutnya paling awal tengah tahun depan. Wallahualam.

Mulut kata "ehh takkanlahhh. Malas nak harap-harap sangatlah. Tahun depan kotttt."

Padahal hati kata "YAHOOOOOOOOOOOO!!!" hahaha.





So berpegang kepada kata-kata penjaga showhouse tu aku mula lah keluarkan kalkulator, korek-korek tabung khinzir ayam sana sini sebab yelah, ingatkan ada kurang-kurang setahun lagi nak menabung. Kalau betullah tiba-tiba bulan depan dapat kunci, kalut juga nak cari fulus nak renovate ikut napsu haha.


Jadi sebelum aku berangan setinggi langit, aku pun beranikan diri tanya kontraktor untuk bajet mengikut kehendak aku supaya aku berpijak di dunia yang nyata. Kalau terlebih, terpaksa la aku berangan setakat petala ke dua je. Takleh sampai petala lapan.



Kontraktor pertama mestilah aku tanya pasal kabinet dapur. Impian setiap wanita gituh. HAHA. Sebab kabinet dapur ni menguasai separuh bahagian dari total bajet. Ambik kau. Macam nak tidur kat dapur sekali. Memang konfem kena perli ngan laki kalau asek mintak makan luar pasni HAHA.



Tapi sebenarnya aku bukan lah nak cerita pasal kabinet dapur impian aku. Itu nantilah bila bendanya dah jadi baru cerita. Yang aku nak cerita ialah betapa pentingnya layanan customer service yang memberi first impression terhadap customer.


Aku mintak quotation dari tiga company, yang aku dapat contact dan tengok hasil kerjanya di Facebook. FB ni pun satu, dah tau iman aku ni senipis kulit bawang, lagi nak tunjuk sponsored ads kedai kitchen cabinet dekat newsfeed aku. Macam tau-tau je.


Berbekalkan ukuran yang aku agak-agak sendiri sukahati je melalui kiraan tiles (sebab terjah tetiba so tak bawak tape ukur), aku pun whatsapp tiga company ni, aku senaraikan details satu-satu yang aku nak. Berapa feet base unit, wall unit, tall unit, fridge unit, jenis material pintu dan table top, accessories yang aku nak, lights dan sebagainya. Nampak tak betapa aku dah kaji dengan begitu mendalam? HAHAHAH. Aku siap attach sketching amatur aku, gambar vacant house dan contoh bentuk kabinet untuk bagi rough idea on how it should look like.





Company A


Aku Whatsapp Ahad pukul 10 pagi, 2 jam kemudian dia reply "Waalaikumsalam tuan/puan, ok noted, insyaAllah esok saya dapatkan quotation. Terima kasih."

Aku terus happy dan at the same time nervous juga nak tau harga. Aku pun tunggu dengan penuh sabar. Esoknya seperti yang dijanjikan, someone else as wakil diorang Whatsapp aku dan perkenalkan diri as Cik Liza, dan attach gambar quotation macam yang aku request.

Aku sangat gembira sebab dia buat rough plan untuk cabinet aku, walaupun bukan 3D sketching or such, just petak-petak je but looking at that, I know yang dorang faham apa yang aku nak. Lepas tu, siap detailkan harga RM sekian-sekian unit darab dengan sekian-sekian feet, termasuk la harga setiap aksesori dan lain-lain benda yang aku tak terfikir macam plug point concealing dan sebagainya. Maksudnya? Less risk on hidden charges! Aku suka macam ni, walaupun harga dia way beyond aku punya budget, tapi at least aku tau aku bayar untuk apa. Harga dia memang agak mahal sikit, tapi hati aku berbunga-bunga dengan cara dorang treat customer walaupun hanya melalui Whatsapp.




Company B


Sebenarnya company B ni yang pertama sekali aku contact melalui email. Sebab nampak macam terpercaya, dan ada beberapa blog yang dah pernah buat dengan diorang ni. Bila email macam takde kesan, so aku pun Whatsapp company B ni hari Sabtu tengahari, dan dia reply pukul 6 petang hanya dengan jawapan "Waalaikumsalam. Ok noted." lepas tu membiarkan aku tercangak-cangak.


 Aku taktau apa maksud "noted", adakah dia ingat aku nak terus buat dengan dia ke, atau maksudnya dia suruh aku tunggu dulu ke macam mana? Aku taktau yang dorang ambil masa nak buat quotation, yerlah mungkin kena tanya designer dulu ke, boss ke, ada promo ke tak ke. Tapi at least, tell me something la kan. Aku terus blur, aku tanya lagi "How much is it ya?" dan dia hanya bagi aku blue tick. Sendu betul.

Sampai hari Selasa, aku Whatsapp lagi tanya macam mana dengan quotation haritu, kemudian dia kata "Otw cik, tengah kira." Hmm. 2 jam lepas tu barulah dia Whatsapp dan bagi aku harga selepuk lump sum. Lump sum pun tak lump sum sangat lah. Ada excluding here and there. Aku malas nak tanya dengan lebih detail. Sebab bila macam ni aku yakin akan ada benda nanti yang eh eh kena bayar untuk tu, eh eh kena bayar lagi untuk ni pulak. Tak dinafikan company ni memang letak harga dalam budget aku, tapi entahlah, rasa tawar hati sangat.



Company C


Aku Whatsapp hari Isnin malam, aku tak jangkakan yang dia akan reply pun sebab yelah, dah malam. Sejam lepas tu dia reply "Esok saya kira". Okay.

Esoknya dia quote balik message aku tu dan disertakan dengan harga yang dah didarabkan dekat sebelahnya. Total semua sekali jauh lebih mahal dari company A, belum termasuk appliances. Jadinya aku bye bye jelah. Apa pun aku ucapkan terima kasih jugak sebab bagitau harga yang 'agak' detail walaupun taklah sedetail company A sebab aku masih taktau berapa harga per feet.



Kesimpulannya kat sini, tak semestinya produk atau harga saja yang kena bagus. Customer service jugak memainkan peranan penting. Tengok saja dari 3 company ni pun, aku dah rasa terkesan sangat dengan cara layanan dorang yang berbeza. Walaupun mungkin kau dah banyak customer, tapi who knows customer yang kau layan acuh tak acuh tu yang bakal jadi asbab rezeki kau bertambah-tambah kan?

Sekarang hati dah terpaut dekat company A.



Bila nak dapat kunci entah? Hewhewhew.




Berangan itu free. 



K bai