Sunday, November 13, 2016

Megahome Expo Penang Nov 16 and Booking Kitchen Cabinet

Assalamualaikum!

Baru-baru ni aku terlepas Homedec dekat Pisa Penang yang mana diadakan pada awal Oktober. So aku pun google lagi schedule kot-kot ada home expo lagi dalam masa yang terdekat ni. Tup tup tengok awal November ada Megahome Expo! Ini sudah bagus!




Actually aku tak pernah sedar pun akan kewujudan Megahome Expo ni.. kalau Homedec atau Perfect Living tu biasalah dengar. Itupun tak pernah pergi pun. Tau gitu-gitu je. Tapi berdasarkan hasil peng-google-an aku tengok ada barang elektrik, kabinet, perabot, kitchen and bath accessories, kira lebih kurang la dengan Homedec. Aku pun ajak laki aku pergi. Mulanya dia takdelah rasa nak pergi pun. Dan kebetulan dia kerja petang pada hari Jumaat, Sabtu Ahad pulak ada kursus. Makanya memang bye bye lah expo! Tapi disebabkan aku buat muka seposen, pastu sengaja tanya dia 3-4 kali takleh amik cuti ke, tukar shift ngan member ke, akhirnya dia pun tukar shift kepada shift pagi hari Jumaat tersebut. Jadi ada lah masa untuk pergi petang Jumaat tu. Ehehehe tenkiu husband!




Disebabkan tujuan asal hanyalah untuk survey je, jadi memang kitorang pergi berlenggang kangkung je takdelah bawak fulus. Sila ketahui bahawasanya dekat Pisa ni takde ATM ye. Dah tu pi pulak dengan anak dan parents in law, masuk maghrib masing-masing muka dah layu. Aku ngan laki je bersemangat teruja hahaha.

Akhirnya laki aku cakap, "takpe kita tengok dulu, pastu balik fikir-fikir. Hari Ahad ni kalau sempat lepas saya habis kursus kita datang lagi." YAHOOO! Ini maknanya laki aku pun dah terpengaruh dengan keterujaan aku! HAHA!





Jadi misi utama kitorang masa pergi expo tu ialah survey kitchen cabinet, hob dan hood, sambil-sambil tu tengok sinki dan tap.

Masa hari Jumaat tu sempat la tanya beberapa company kitchen cabinet. Tak sempat tanya quotation pun, sempat tanya rough price per foot run je. Yelah sampai-sampai je cari surau dulu nak solat Asar, jalan sikit, pastu solat Maghrib, pastu dah malam pulak, memang tak dapat lah aku nak survey lama-lama.

Lepas tu balik rumah, kira-kira sikit, pastu berangan sampai tidur tak lena makan tak kenyang mandi tak basah. Over betul mak jemah.





 Akhirnya hari Ahad tu laki aku balik awal dan kitorang pun terjah Pisa untuk kali keduanya!

This time lagi best! Sebab tinggal beberapa jam je lagi, so semua kedai nak bagi harga discount extra. Nasib baiklah kitorang bawak fulus cukup-cukup je. Kalau tak memang komfem tersasar dari tujuan! HAHA!

Disebabkan dah pergi untuk kali kedua so basically dah tau lokasi booth kat mana dan matlamat lebih firm. Jimat masa kat situ. Ada 3 booth company yang kitorang mintak quotation secara detailed.






Company A


Basically, company ni dia tak kira per foot run tapi secara modular. Meaning, dah fixed bentuk dan size, tinggal combine part A campur part B dan sekian-sekian. Visually aku suka design dorang, but aku tak suka yang dia takleh custom. Agak pening bila kira harga campur-campur macam tu, taktau hujung pangkal, tiba-tiba dah lump sum je.




Company B


Aku suka cara company ni quote harga. Very detailed and specific. Meaning no hidden charges la. Harga pun ok. Cumanya aku kurang suka sebab pilihan quartz stone untuk countertop cuma ada empat je. Tokey dia kata kalau banyak banyak nanti lagi lama customer dia nak pilih. Lol makes sense actually. And satu lagi sebab soft close drawer dia macam tak berapa soft HAHA. Fussy betul aku ni!




Company C


Yang ni kitorang dah tanya roughly haritu. Masa tu dia offer 10% discount on everything, dapat few free gifts, deposit cuma RM200 unlimited time untuk lock fair price (company lain RM 500 for 1 year only). So this time saja lah datang lagi tanya detailed quotation. Tiba-tiba bila dah total up eh nape cam mahal sikit. Deposit pun kena letak RM500 macam company lain jugak. So aku pun mention yang haritu kitorang dah tanya and dia ada bagi discount and free gifts plus deposit rendah. Haaa barulah dia kalut tanya kat member haritu haha terus dapat macam yang aku request.


Lepastu husband gatai tanya pasal slanted hood yang dorang pakai untuk display. Dia suka sebab nampak cam TV flat screen HAHA. Padahal aku plan nak pakai slim hood je. Dah survey Firenzzi punya dalam RM750 je. Kebetulan, ada big boss company tu dekat situ. Terus dia offer RM1999 package hood dengan hob sekali. Husband sengih-sengih dah kat aku. Sempat la aku heran kejap, sape yang lagi semangat nak buat dapur ni, aku ke dia HAHAHAHA. Walaupun over budget aku untuk hood dan hob (aku budget dalam RM 1500 je untuk both combined), tapi mengenangkan suction power dan paras rupa slanted hood tersebut pada harga sekian, aku rasa its a very good deal. Lagipun, sebab nak display hood tu, aku boleh cut cost untuk cabinet doors for wall unit, dah jimat 3 kaki kat situ. So sebenarnya, lagi budget friendly lah.


Macam yang aku kata, kitorang pergi bawak fulus cukup-cukup je. So memang takdelah RM2000 dalam poket masa tu. Kaw tim punya kaw tim, tokey tu kata letak RM500 je dulu untuk deposit hood+hob tu. Nak dijadikan cerita, debit card pulak tak boleh guna. Apesal entah. Saje la tu tak bagi shopping haha. Alhamdulillah laa tokey tu kata you letak jela berapa-berapa cash yang ada. Akhirnya dapat la book package hood + hob tu untuk RM200, dan another RM200 untuk kitchen cabinet. Syukur. Settle dua benda. Cuma harap service diorang okay lah.




Gambar from page Penang Holiao.
Ini baru setingkat. Ada lagi setingkat kat atas.
Aku terlupa nak amik gambar sebab dah hilang pertimbangan tengok semua murah-murah HAHA.




Masa tu ada juga survey sink dan faucet. Memang banyak yang murah especially bila dah last day expo. Tapi takpelah, sikit-sikit dulu. Tak bolehlah kalut nak beli semua sekali harung. Nanti boleh beli masa Homedec next year pulak. Dah siap-siap mark dalam calendar bulan April '17 nanti! Hehe



Btw aku tak sebut dulu nama company sebab nak review lepas dah buat kitchen cabinet nanti. Entah bila nak buat tak tahulah... kena menabung dulu hahaha.


Till then, assalamualaikum!